Saturday, November 8, 2008

kenapa saya suka bercakap

saya mempunyai antibodi badan yang sangat lemah. serius.
buktinya, setiap bulan saya akan demam at least sekali.
sangat seksa okay.itulah.selalu x habiskan antibiotik sape suruh.
tapi x apa sebab rasa special.mane ade org lain yg demam every month.dan selalunya suara saya akan jadi seperti fasha sanda di awal2 demam (mmg suara dia pelik macamitik tersepit-->ini abang saya cakap.bukan saya.tapi kadang2 saya rasa suara die comel dan manja.saya kan comel dan manja~ kan? kan?) haa haa..okay.dah mula rasa bengong.
eh.perlukah aku ckp mcm ni time2 demam?
saya rasa saya sangat banyak bercakap bende2 yang x perlu pada masa2 yang tidak sesuai.ye, itu adalah tidak boleh dielakkan.saya suka bercakap perkara2 yang sebenarnya bertujuan untuk membuatkan diri sendiri happy. hehe.

kalong selalu kata saya perempuan paling poyo dia pernah kawan.
*nasib kau la sebab kau pun poyo same.haha*
bulu juga kata saya sangat poyo bila masuk bab memuji diri sendiri.
*dia ini suka mencari perkara yang boleh digelakkan tentang saya maka saya perlu sentiasa mencari perkara yang boleh membuatkan diri rasa "up" sikit dr dia*
teha kata saya adalah orang yang bleh berkata tanpa henti tentang perkara2 kecil.
*u know me really well lah.kagum sekejap*
ecan pula selalu kata saya memang suka bercakap tanpa henti tapi dia kata xpe pun.
*hehe.nasib kau la labu~*
yana komen saya kelakar kerana suka memuji diri dalam situasi2 yang pelik.
*terima kasih yana!kembang sebentar.eh.bengong plak rasa sbb bangga*
ain dan jon pernah kata saya hanya akan senyap jika saya tidur.
*tapi x mengapa sebab mereka adalah orang2 yang saya mmg x boleh senyap bila bersama*
ben suka menyakat saya sebab dia kata saya budak blur yang suka bercakap dan selalunya salah bercakap sbb blur.
*saya berjaya membuktikan ben adelah blur juga pada masa2 tertentu dan saya tidak akan berhenti membuktikan dia juga blur.yes!*

setakat ini ada 3 orang yang saya rasa boleh membuatkan saya berhenti bercakap dan diam mendengar.nadea, aimi dan nurul. haha.mungkin mereka adalah pencakap yang lebih hebat ;P (perhatian: ini tidak melibatkan keluarga tau.hanya kawan2)

oh sebenarnya saya bercakap untuk membuatkan diri sendiri feel good. bukan untuk rasa bagus ya...tapi untuk membuat diri rasa seronok dan mengelakkan dari rasa tertekan atau down atau segala rasa negatif...haha.ape kejadah tah saya merepek. yang sebenarnya, azam tahun lepas adalah untuk menjadi lebih senyap tapi tidak berjaya.mungkin saya lebih patut jadi diri sendiri.ya betul, lebih selesa jadi diri sendiri.kalau orang tak suka saya akan kata(cakap kat diri sendiri la kan)'itu masalah kamu, bukan masalah saya'.oh ini ayat kegemaran saya lately. sbb bila menjadi cikgu, murid2 akan datang berjumpa dengan seribu satu alasan kenapa hantar eseimen lambat dan kenapa tidak boleh datang quiz dan sebagainya.jadi jika alasa diberi adalah tidak munasabah, maka saya suka berkata 'that is not my problem'.
oh.terasa seperti normala pula. hehe.
*teha dan nurul, jangan bgtau normala aku ckp begini tau*

kesimpulan hari ini...saya banyak cakap sebab saya jadi diri sendiri.at least, saya tidak berpura2 menjadi perempuan yang sopan dan lemah lembut di depan orang lain. (selalu orang kata perempuan melayu terakhir itu lebih banyak diam dari bercakap dan lembut tutur kata serta sopan bahasanya kan?)ok.jangan argue tentang ciri2 muslimah sebab saya sedang tidak fikir tentang itu sekarang.

okay.ubat demam dan sesema sudah mula memberi kesan.selamat malam~

footnote:saya hanya menjadi poyo bila bersama orang orang tertentu tau.

4 comments:

tYdYnA said...

syaza byk ckap??kahkahkah...
ko xsebut pn name ak yg bleh wt kalah dlm hal2 bercakap..owh..termasuk ina juge..heheh

mori said...

oh ye ye! kau dan ina juge termasuk!
nnt aku buat list orang2 yang boleh buat aku diam dan dengar instead of bercakap.hehe

pembebel yang setia ~ said...

haa,kak syaja same ngan encik anis sy, dmam setiap bulan kdgkala, straight 2 minggu terus...kalaw pasal bnyk ckp, samela kite, time tido dan solat je yg xckp, sbb tuh kalaw sy period sume org akn risaw terpaksa mendnga sy membebel! hehe~

teyha! said...

weh aku suke normala. haha.