Saturday, November 22, 2008

ayam rendang singapore

*no pictures taken*the recipe given by my mom's singaporean friend*

BAHAN A
halia (size ibu jari je)
jintan manis (1 sudu besar)
jintan putih (1 sudu besar)
bawang putih (8 ulas)
-kesemua bahan A ditumbuk/kisar(tidak terlalu halus)-

BAHAN B
bawang goreng (ikut suka dan dihancurkan)
cili kering (30 tangkai-digoreng garing dan ditumbuk/kisar.nak pedas letak lebih)
kicap (2 sudu besar)
gula (secukupnya)
air asam jawa (secukupnya)
garam (secukupnya)

BAHAN C
ayam (1 ekor)

CARA:
1.goreng ayam (potong saiz ikut suka)
2.tumis bahan A hingga naik bau.
3.masukkan kicap, gula, garam dan air asam jawa.
4.bila mendidih, masukkan ayam goreng dan tambah air sedikit.kacau dan tunggu hingga mendidih.
5.masukkan cili goreng yang ditumbuk tadi dan gaul rata. akhir sekali, masukkan bawang goreng an gaul rata.

*masakan ini lebih sedap dimakan keesokannya(setelah ayam dibiar bersama rempah semalaman)*

-well, selalu mak masak terus makan pun sedap je.xde plak tunggu esoknye br makan.tp auntie tu kate kalau makan esoknya lagi terasa rempah2 tu.

2 comments:

teyha! said...

yaaa inilah yg aku cari. jgn padam post ini. hihi. tq syaja!

pembebel yang setia ~ said...

kalaw halia yg nk besa ibu jari tuh kn..kalaw ibu jari tuh lebih kecil dr org laen cemane tuh?